Saturday, January 22, 2022

Tiada kes kematian di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan 28 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 30,746 kes.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Sabah (lima), Johor (tiga), Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Pulau Pinang (masing-masing dua).

Manakala Kelantan, Melaka, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 60,878 kes aktif dilaporkan, termasuk 428 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 237 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Sebanyak 4,525 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah kes. 2,673,019.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru