Sunday, June 26, 2022

PKR kemungkinan berdepan undi protes di Satok

Secara Rawak

KUCHING: Calon PKR  Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok Dr Nor Irwan Ahmad, berkemungkinan berdepan undi protes pada pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak pada Sabtu depan.

Tindakan itu dipercayai berpunca daripada pertukaran calon saat akhir bagi bertanding di kerusi berkenaan.

Ketua Wanita PKR Cabang Petra Jaya Nor Dahlia Esapian Eyaw, mendakwa dinamakan pada awalnya untuk bertanding di kerusi berkenaan sebelum digantikan pada saat akhir dengan Nor Irwan.

“Ya, saya memang sedih malah semua ahli keluarga, jentera parti dan pengundi memprotes serta mungkin tidak mengundi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

“Saya minta maaf kerana tidak akan membantu Nor Irwan berkempen. Terpulang kepada pengundi untuk memilih siapa yang difikirkan layak,” katanya lagi.

Nor Dahlia mendakwa belum mendapat penjelasan berhubung penggugurannya, namun hanya dimaklumkan ada kaitan dengan isu muflis.

Mengakui dirinya tidak muflis, beliau memaklumkan sudah menyerahkan semua bukti berkaitan kepada kepimpinan parti.

“Saya bersih, merdeka dan bebas daripada sebarang sabitan jenayah dan kebankrapan,” katanya.

Kerusi DUN Satok menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Datuk Ibrahim Baki (GPS) mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyandang, Pengerusi Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari memilih untuk bertanding di Gedong.

Selain Dr Nor irwan, Ibrahim akan  turut ditentang oleh Awang Badele Awang Ali (PBK) di kerusi 14,314 pengundi.

Ibrahim Baki, berkelulusan undang-undang ialah timbalan ketua bahagian PBb Satok.

Beliau telah lama berjuang di kawasan Satok dan disifatkan calon paling sesuai dan layak menggantikan Abang Johari kerana komitmennya terhadap parti dan kebajikan rakyat di situ.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru