Thursday, May 19, 2022

PBK tuntut kemerdekaan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Parti Bumi Sarawak (PBK), Voon Lee Shan menyelar tindakan sesetengah pihak mendakwa mengapa parti mereka memilih untuk bertanding secara bebas pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Menurutnya, keputusan untuk bertanding sebagai parti bebas diambil berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah domestik dan antarabangsa.

“Ramai yang bertanya kepada saya adakah kita berhak menuntut kemerdekaan untuk Sarawak? Itulah soalan yang sering ditanya oleh pihak lawan.

“Kami mempunyai hak untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan di bawah undang-undang domestik dan antarabangsa.

“Tiada larangan di bawah perlembagaan persekutuan Malaysia atau di bawah perlembagaan negeri Sarawak untuk rakyat Sarawak mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan daripada persekutuan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Manifesto Parti Bumi Kenyalang (PBK) di Kuching hari ini.

Katanya, sudah ada banyak bukti bahawa Sarawak telah ditindas kerajaan persekutuan selama 58 tahun yang lalu.

Jelas beliau, perkara tersebut jelas membuktikan tiada kualiti atau status yang sama dan tiada kesamarataan atau perkongsian Sarawak di Malaysia.

Tambahnya, beliau mahu membawa suara rakyat negeri ini yang menginginkan kemerdekaan serta bebas daripada kerajaan pusat.

“PBK melangkah untuk membawa suara ketidakpuasan hati yang ditimbulkan oleh kerajaan persekutuan. Kini kita menjadi wakil rakyat Sarawak untuk mencari kebebasan dan kemerdekaan yang telah lama dinanti-nanti,” katanya.

Jelasnya, apabila ada pelanggaran dalam Perjanjian Malaysia 1963, sekali gus boleh menyebabkan perjanjian itu terbatal dan Sarawak layak untuk mendapat kebebasan dan kemerdekaan sendiri.

“Apabila terdapat pelanggaran asas perjanjian, atau apabila perjanjian itu terbatal, tidak ada cara lain boleh memulihkannya atau memperbaikinya,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru