Saturday, August 20, 2022

Palsukan tandatangan, ahli PBB Tellian buat laporan polis

Secara Rawak

MUKAH: Sehingga petang tadi Ibu Pejabat Polis (IPD) Mukah menerima enam laporan polis berhubung isu pemalsuan tandatangan oleh bekas ahli Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Tellian Laut yang memalsukan tanda tangan ahlinya untuk tujuan keluar dari parti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata kertas siasatan telah pun dibuka berhubung laporan polis berkenaan.

“Pihak kita hari ini mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung beberapa orang ahli parti daripada parti PBB Dun N57 Tellian yang dikatakan telah bertindak keluar parti.

“Perkara ini disedari pengadu pada 4 Disember 2021 lalu apabila salah seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) parti berkongsi melalui Whatsapp satu tangkap layar gambar lampiran surat beserta senarai nama yang menyatakan semua ahli parti PBB Ranting Tellian Laut telah keluar parti,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Dedahnya lagi pengadu turut mendapati tandatangan pada lampiran surat berkenaan bukanlah tandatangannya dan mengesyaki bekas AJK parti itu telah memalsukan tandatangan semua 25 penama yang terkandung dalam senarai.

Kini kes berkenaan masih dalam siasatan dan beberapa ahli parti juga akan membuat laporan polis.

Sehubungan itu Rizal turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru