Saturday, January 22, 2022

Lebih banyak inisiatif untuk Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: 34 Manifesto GPS disifatkan komprehensif memperjuangkan hak Sarawak, selain menjamin hak serta menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan masa depan negeri.

Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS bertekad melaksanakan lebih banyak inisiatif bagi meningkatkan kemajuan demi rakyat.

Berucap melancarkan Manifesto GPS PRN-12 pada Rabu malam, Abang Johari yakin, GPS telah menyediakan landasan kukuh membangunkan Sarawak ke arah Sarawak Maju Berpendapatan Tinggi menjelang 2030.

Menurut beliau GPS melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kepentingan rakyat jelas membuktikan ia mempunyai jentera pentadbiran mantap serta sistem tadbir urus kewangan yang baik.

Sebagai Pengerusi GPS, Abang Johari yakin beliau dan pasukannya terus komited memastikan dasar dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru