Saturday, January 22, 2022

Kuda main terup dengan tuannya

Secara Rawak

Dalam satu video yang disiarkan baru-baru ini, netizen media sosial teruja melihat telatah seekor kuda yang duduk di sebuah kerusi dan kelihatan bermain terup.

Ia duduk di atas kusyen dengan kaki hadapannya diletakkan ke hadapan sambil memerhati daun terup gergasi di meja

Seorang wanita pula duduk memegang daun terup di hadapannya.

Wanita itu menghulurkan kad terup ke arah kuda itu.

Haiwan itu mengeluarkan satu kad dengan mulutnya dan meletakkannya di atas meja.

Selepas itu, wanita itu turut menarik sekeping kad sendiri dan melakukan perkara yang sama.

Kedua-duanya nampak begitu seronok bermain dalam suasana yang santai.

Setiap kali kuda itu berjaya memilih kad, wanita tersebut akan memberinya makan.

Menurut MSN, netizen yang menonton video terbabit terhibur dengan gelagat kuda tersebut dan ada yang menyuarakan hasrat untuk meminjamnya sekejap untuk bermain terup dengannya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru