Tuesday, August 9, 2022

Ikrar 34 perkara untuk pengundi, rakyat Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Ketua Menteri Sarawak melancarkan Manifesto GPS PRN-12 pada Rabu malam.

Antara yang ditekankan dalam manifesto tersebut bagi menghadapi pemilihan pada 18 Disember ini, manifesto tersebut menggariskan perjuangan mempertahan dan membela hak Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 10963 (MA63), Perlembagaan Negeri dan Undang-Undang Negeri Sarawak.

Ikrar lain ialah, kerajaan mengiktiraf dan menjamin hak rakyat ke atas tanah Native Customary Right (NCR) dan Native Territorial Domain (NTD), menjamin kestabilan dan autonomi politik serta dan hak kesaksamaan yang inklusif untuk semua rakyat.

GPS berikrar menjadikan Sarawak maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030, merapatkan jurang pendapatan melalui penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan dan membasmi kemiskinan bandar serta luar bandar.

Manifesto GPS menghadapi PRN-12 Sarawak dilancarkan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu malam itu turut menyentuh berkaitan perjuangan kerajaan GPS memacu pembangunan ekonomi melalui agenda ekonomi digital, memperkasa usaha melindungi dan memulihara alam semula jadi serta meningkatkan pendapatan dan sumber hasil Sarawak.

Kerajaan GPS turut menyediakan lebih banyak rumah mampu milik, Skim Pembesaran Kampung (SPK), Skim Penempatan Semula (SPS), bantuan pembinaan dan baik pulih rumah panjang.

Turut disebut ialah iltizam memperhebat jaringan jalan perhubungan pengangkutan, pelabuhan dan lapangan, memperluas liputan bekalan air, elektrik dan gas serta memperluas liputan telekomunikasi dan kemudahan digital serta mentransformasikan pembangunan ekonomi luar bandar.

Turut ditransformasikan ialah sektor pertanian, penternakan dan perikanan, membangunkan sektor perindustrian, pelaburan dan menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru