Saturday, January 22, 2022

Hasidah antara tokoh ahli politik wanita sumbang kemajuan negeri

Secara Rawak

KUCHING: Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sekali lagi ditampilkan bertanding mewakili GPS untuk DUN N.7 Samariang pada PRN-12 yang dijadualkan pengundiannya pada 18 Disember 2021.

Hasidah berdepan dua parti lawan dari Amanah dan Sedar.

Sebagai wakil ahli politik wanita di Sarawak, Hasidah percaya kaum wanita mampu menunjukkan kecemerlangan dan mencapai kejayaan.

Harapan Hasidah mahu melihat lebih ramai wanita menyumbang kepada masyarakat dan negara melalui pembangunan keluarga, ekonomi, pendidikan, kesihatan, politik, sosial dan budaya.

Penglibatan Hasidah membuktikan penyertaan golongan wanita dalam politik semakin menyerlah dengan peranan yang dimainkan juga besar menentukan kemenangan dan hala tuju sesebuah parti politik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru