Saturday, August 20, 2022

Calon Batu Kawah, Dr Kelvin Yii kemuka 7 reformasi

Secara Rawak

KUCHING: Calon Dun Batu Kawa Dr Kelvin Yii akan mengusulkan tujuh reformasi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang harus diubah supaya memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

Katanya, reformasi tersebut hendaklah bermula dengan badan perundangan tertinggi negeri dan Dun tidak seharusnya terikat dengan mana-mana kerajaan yang dibentuk sebaik sahaja Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir.

“Antara reformasi yang patut diubah ialah melanjutkan hari persidangan Dun, kerana tempoh persidangan dun tidak mencukupi untuk menampung keluasan isu mengenai rakyat Sarawak.

“Selain itu, ialah menjawab soalan Ketua Menteri bersama setiap Adun, menyediakan dewan khas untuk membincangkan hal-hal berkaitan kawasan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah beliau, Jawatankuasa perakaunan Sarawak juga harus di tambah di dalam tranformasi DUN dengan memastikan PAC dipengerusikan oleh wakil pembangkang supaya dapat disemak dan diimbang dengan betul.

Selain itu, menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh wakil rakyat kerajaan dan pembangkang untuk menyemak dan mengimbangi setiap kementerian di dalam Kerajaan Negeri.

“Tranformasi yang lain ialah semua prosiding Dun dapat disiarkan secara langsung dan boleh diakses oleh orang ramai di laman web DUN Sarawak.

“Perubahan dari segi peruntukan sama rata kepada semua kawasan Pilihan Raya, tidak mengira sama ada wakil rakyat daripada kerajaan atau pembangkang,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa sistem Dun sekarang harus diubah supaya asas tadbir urus untuk Sarawak adalah yang terbaik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru