Saturday, August 20, 2022

Bersatu Sarawak: Bukti Ali Biju berjiwa besar

Secara Rawak

KUCHING: Kepimpinan Bersatu Sarawak hari ini amat berbesar hati dengan keputusan calon Bersatu Krian Datuk Ali Biju yang membuat keputusan menarik diri dari meneruskan pendiriannya untuk bertanding sebagai calon Bebas  pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Menurut Pengerusi Bersatu Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, keputusan ini walaupun mungkin agak sukar bagi beliau tetapi membuktikan dirinya berjiwa besar.

Katanya, ia satu tindakan yang dipandang tinggi  oleh Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Bersatu Sarawak yang amat menghargai keputusan dan pengorbanan yang dilakukan beliau ini.

“Pada kesempatan ini saya ingin memaklumkan keputusan yang beliau ambil ini adalah selaras dengan keputusan Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu yang membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRN Sarawak kali ini demi kestabilan politik dan semangat setiakawan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya juga juga ingin mengucapkan rasa syukur akan pengorbanan beliau ini adalah berdasarkan persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati antara Perikatan Nasional (PN) deng an Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi GPS,” katanya.

 Oleh itu, katanya, tindakan Ali membuktikan beliau mengutamakan parti demi meneruskan dan memperkukuhkan hubungan yang utuh di antara PN dan GPS.

“Oleh itu saya dengan ini amat menyanjungi semangat, iltizam dan komitmen beliau yang berkorban demi masa depan rakyat Sarawak dan tindakan beliau ini wajar dijadikan contoh dan tauladan oleh semua ahli politik kerana keberanian beliau bertindak ini adalah demi kestabilan politik dan perjuangan yang lebih besar untuk rakyat Sarawak,” katanya.

“Prinsip dan keluhuran beliau ini perlu dijadikan tunjang perjuangan dalam membentuk kejayaan Bersatu Sarawak amnya dan politik Sarawak khasnya dan semua pihak perlu mencontohi pengorbanan dan keikhlasan beliau demi rakyat Sarawak,” ujarnya lagi.

Jelansya, dengan keputusan Ali itu juga adalah jelas  beliau bersama-sama dengan Bersatu Sarawak kekal teguh dan tidak berbelah bagi menyokong kepimpinan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS)  dalam memastikan kemenangan besar pada PRN yang sedang berlangsung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru