Saturday, June 25, 2022

Bangunkan Sarawak dengan acuan sendiri

Secara Rawak

KUCHING: Sebagai rakyat Sarawak, menjadi kewajipan memilih kerajaan bertanggungjawab menghadapi sebarang cabaran memastikan kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan
Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melancarkan Manifesto GPS PRN-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi, berkata GPS meletakkan asas pembangunan strategik memastikan kemajuan berterusan Sarawak.

“Sebagai Pengerusi GPS, saya dan pasukan terdiri daripada kepimpinan pelbagai kaum di Sarawak terus komited memastikan dasar yang kita laksanakan dapat memberi manfaat kepada rakyat, ujar Abang Johari.

Bagi beliau, usaha membangunkan Sarawak direalisasikan dengan GPS terus diberi mandat menerajui kepemimpinan Sarawak melalui PRN-12 ini.

Menurut beliau lagi, GPS memastikan tiada seorang pun rakyat Sarawak tersisih dalam mengecapi nikmat pembangunan.

Demi menjadikan Sarawak maju menjelang 2030, stabil, makmur dan gemilang, masa hadapan Sarawak terletak di tangan orang Sarawak.

“Kita membangunkan Sarawak dengan acuan sendiri dan hanya kita yang dapat memastikan kemakmuran dinikmati oleh orang Sarawak,” kata Abang Johari.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru