Tuesday, January 18, 2022

Baca, bagaimana lelaki ini mahukan sijil tetapi tidak mahu divaksin

Secara Rawak

ITALI: Seorang lelaki di Itali yang mahukan sijil vaksin Covid tanpa mendapatkan suntikan telah menggunakan tangan palsu untuk mencapai matlamatnya, kata pegawai.

Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu tiba untuk menerima suntikannya dengan acuan silikon menutupi lengan asalnya, dengan harapan pekerja perubatan di situ tidak perasaan tentangnya.

Namun nasibnya agak malang kerana jururawat menyedarinya dan lelaki itu kini dilaporkan kepada polis.

Menurut pigeonexpress, jururawat itu memberitahu media tempatan apabila dia menyingsingkan lengan bajunya, dia mendapati kulitnya “bergetah dan sejuk” dan pigmentasi kulit tersebut juga “terlalu putih”.

Selepas penipuannya terbongkar, lelaki itu cuba memujuk jururawat itu supaya meneruskan sahaja suntikan, namun jururawat tersebut bertindak melaporkannya kepada polis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru