Saturday, August 20, 2022

Ali Biju tarik diri sebagai calon Bebas

Secara Rawak

Saya telah menawarkan diri sebagai calon DUN N.39 Krian dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 setelah mengambil kira pandangan dan desakan daripada pimpinan masyarakat dan pengundi DUN N.39 Krian.

Sebagai wakil rakyat yang telah dipilih semenjak tahun 2011, dukungan dan sokongan yang padu ini telah memperkukuh tekad saya untuk meneruskan khidmat demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi di Krian dan Saratok.

Walau bagaimanapun, saya menginsafi hakikat bahawa keputusan ini akan menjejaskan hubungan baik di antara BERSATU dan GPS.

Saya telah mendapat nasihat dari pimpinan tertinggi parti serta jaminan daripada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati di antara Perikatan Nasional dan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg selaku Pengerusi GPS.

Saya penuh yakin bahawa muafakat ini adalah untuk meneruskan dan memperkukuhkan hubungan yang utuh di antara Perikatan Nasional dan GPS.

Justeru, saya dengan rendah hati dan niat yang tulus ikhlas menarik diri sebagai calon DUN N.39 Krian dan memberi dukungan penuh kepada calon GPS, Friday Belik.

Saya menyeru kepada seluruh pengundi di DUN N.39 Krian, DUN N.38 Kalaka, dan DUN N.40 Kabong yang kesemuanya di bawah Parlimen P.205 Saratok untuk memberi dukungan yang padu kepada calon-calon GPS.

ALI BIJU
AHLI PARLIMEN P.205 SARATOK

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru