Saturday, January 22, 2022

Abdul Rahman ziarah, tinjau projek DUN Pantai Damai

Secara Rawak

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi giat menggerakkan kempen pilihan raya di kawasan beliau.

Beliau menyantuni peniaga ikan terubok masin di Kampung Gersik selain
Menemui jentera pilihan raya serta petugas terdiri daripada pemuda di Kampung Boyan ketika mereka bertugas memacak bendera GPS.

Abdul Rahman turut meninjau kerja naik taraf Medan Selera Boyan, Gersik dan Sourabaya (BGS).

Di Kampung Gersik, Abdul Rahman turut meninjau keadaan laluan pejalan kaki di Lorong 9.

Selain itu, Abdul Rahman turut mengunjungi Dewan Serbaguna Kampung Pulo Hilir untuk meninjau Program Outreach Pemberian Vaksin Klinik Kesihatan Tanah Puteh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru