Saturday, January 22, 2022

Poliklinik baharu untuk DUN Bukit Assek – Chieng

Secara Rawak

SIBU: Berharap memenangi DUN N.51 Bukit Assek pada PRN-12 kali ini, calon GPS Chieng Jin Ek meneruskan Pelan Pembangunan Semula Bukit Assek termasuk sosioekonomi, taraf hidup dan landskap kawasan berkenaan.

Chieng pada sidang media pada Rabu berkata, beliau mahu menekankan bidang kesihatan dalam perjuangannya di DUN tersebut.

Beliau mencadangkan agar dibina satu lagi poliklinik di DUN berkenaan.

Menurut, Poliklinik Jalan Oya beroperasi pada 1990 dan menerima 1,500 hingga 1,800 pesakit setiap hari menyebabkan situasi sesak.

Bagi beliau wajar diperbesar poliklnik sedia ada atau membina poliknlik yang baharu.

Pada PRN-12 ini, Chieng berdepan Jess Lau dari Aspirasi, Irene Chang DAP, Andrew Ting Kee Nguan PSB, Priscilla Lau PBK dan  Hii Tiong Huat (Bebas).

Bukit Assek dimenangi Irene DAP pada PRN-11.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru