Saturday, August 20, 2022

Fitnah terhadap Abang Johari: DBKU buat laporan polis

Secara Rawak

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membuat laporan polis terhadap komen akaun Facebook atas nama Shamsul Bohari yang didakwa bertujuan menfitnah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

DBKU menerusi satu kenyataan rasmi hari ini, mengesahkan komen yang disiarkan oleh akaun Facebook Shamsul Bohari itu merupakan kenyataan palsu.

“Sepanjang pengetahuan DBKU, tidak pernah berlaku insiden amukan dan tidak pernah juga berlaku perampasan tender oleh Jaja Enterprise dan DBKU tidak pernah mengawad apa-apa tender kepada Jaja Enterprise.

“Begitu juga tiada berlaku pelaporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh kakitangan DBKU mengenai individu yang dinyatakan dalam komen media sosial tersebut.

Terdahulu, komen tersebut menyatakan, “CM lari dari Satok kerana orang di sana tidak lagi menyukainya atas banyak sebab. Salah satu daripada mereka dengan cerita menarik ialah anak menantunya (Boutefika)  mengamuk di pejabat DBKU semasa mencuba mendapatkan semula projek daripada DBKU.Juga, me curious tender Dario’s orang lain menggunakan dustiest Bernays Haha Enterprise. Raman kakitangan DBKU melaporkan leads SPRM terhadap anak menantu CM”.

DBKU berkata, aduan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Selain itu, kenyataan DBKU turut menyeru agar orang ramai tidak mempercayai dan menyebarkan komen palsu (yang disiarkan oleh pengguna).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru