Saturday, August 20, 2022

Calon PBK tuntut kemerdekaan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Calon  Parti Bumi Kenyalang (PBK) kerusi DUN Padungan, Raymond Thong  bertanding dalam PRN-12 bagi memperjuangkan kemerdekaan Sarawak.

Berkelulusan sebagai ahli kimia daripada McGill University, Kanada, beliau berharap agar PBK dapat memenangi PRN-12  dan seterusnya membentuk Kerajaan Negeri Sarawak.

PBK, parti pembangkang paling banyak mengemukakan calon dengan menampilkan mereka  di 73 kerusi DUN, berbanding PSB di 70 kerusi, PKR 28, DAP 26, Aspirasi 15, PBDSB 11, Amanah 8, Sedar 5 dan Pas satu kerusi.

Melalui manifesto 18 perkara itu, beliau antara lain, bertekad dan berjanji menggalakkan keadaan harmoni yang lebih baik dalam kalangan rakyat Sarawak, tanpa mengira kaum dan agama.

Juga, menggalakkan patriotisme, prihatin terhadap mereka yang berusia, tolak ansur agama  dan ras, dan saling menghormati.

Beliau juga dalam manifesto itu berjanji memberi perhatian yang agresif terhadap pembangunan luar bandar dan prasarana.

Juga mengembangkan industri perikanan dan pertanian ke tahap antarabangsa.

Thong yang juga ahli perniagaan dan pemaju hartanah  akan ditentang Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Lina Soo (Aspirasi), dan Datuk Wee Hong Seng (GPS).

Sebanyak 20,949 pengundi akan menentukan nasib calon berkenaan dalam pertandingan empat penjuru pada 18 Disember nanti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru