Thursday, May 19, 2022

Mampukah Masir tumbangkan Snowdan di Balai Ringin?

Secara Rawak

SERIAN: Pertarungan antara dua tokoh ini, siapakah yang muncul juara dalam PRN-12 pada 18 Dis nanti?

Ya, antara Datuk Snowdan  Lawan dari GPS lawan dengan Datuk Masir Kujat dari PSB.

Yang turut mencuba nasib di kawasan majoriti Iban itu ialah Kasim Mana dari PBK.

Pertembungan mereka berlaku di Balai Ringin dengan jumlah 10,791 pengundi.

Pertembungan utama dijangka adalah antara GPS dengan PSB.

Masir, 68, ialah Ahli Parlimen Sri Aman yang pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Namun pada 2019, beliau mengambil tindakan drastik keluar parti, dan menyertai PSB.

Beliau memilih Balai Ringin, tidak jauh dari Serian, atas keyakinan dapat menewaskan Snowdan.

Bagi Snowdan, 51, beliau akan cuba mempertahankan kubu kuatnya itu atas perjuangan untuk terus membawa perubahan dan pembangunan di kawasan  itu.

Beliau bertanding mewakili partinya pada 2011 dengan majoriti 2,885 undi.

Dalam PRN lalu, beliau meraih 4,478 undi mengalahkan bekas pegawai kanan polis, Entusa Imam  dengan 2,439 undi yang bertanding atas tiket Bebas.

Calon PBDSB, Pok Ungkut hanya meraih 90 undi, manakala calon PKR, Nichilas Mujah Ason 700 undi.

Snowdan menggunakan rekod perkhidmatannya untuk memenangi kerusi ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru