Friday, October 7, 2022

55 kes baharu, 1 kes kematian sehingga 8 Disember

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 55 kes harian positif Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat hari ini adalah 251, 411.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 53 kes adalah daripada kategori 1 dan 2 manakala dua kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 19 kes, diikuti Bintulu (5), Limbang (5), Miri (4), Sibu (4), Lundu (3), Serian (2), Bau (2), Sri Aman (2), Dalat (2), Kanowit (2), Samarahan (1), Lawas (1), Kapit (1), Beluru (1), dan Subis (1),” katanya.

Tambah JPBN, jumlah kes kematian ialah satu iaitu bahagian Limbang merekodkan satu kes kematian.

Di samping itu, tiada kluster tamat, dan kluster baharu diisytiharkan setakat hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru