Sunday, July 3, 2022

Teruskah DAP pertahankan kerusi panas DUN Tanjung Batu?

Secara Rawak

BINTULU: Kerusi DUN Tanjung Batu di Bintulu merupakan antara kerusi panas pada PRN-12 Sarawak kali ini.

Penamaan calon pada Isnin, menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Pang Leong Meng, calon DAP Chiew Chan Ye, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Yek Hock Siang, Parti Sarawak Bersatu (PSB) Tang Eng Hui, Aspirasi (Chieng Lea Phing) dan Bebas Wong Hau Ming.

Penyandang DUN Tanjung Batu Chiew Chin Sing dari DAP tidak mempertahankan satu-satunya kerusi dikuasai empat penggal oleh DAP di Bintulu untuk memberi laluan kepada anaknya, Chan Yew bertanding atas tiket DAP.

Tiga kerusi lain di Bintulu; Kemena, Jepak dan Samalaju terkenal sebagai kubu kuat GPS.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru