Tuesday, June 28, 2022

SPRM buka lima bilik gerakan sempena PRN-12

Secara Rawak

KUCHING: Lima Bilik Gerakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilancarkan di seluruh Sarawak, sempena PRN-12 Sarawak.

Kenyataan SPRM menyebut kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi 24 jam sepanjang tempoh PRN-12.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa pada PRN, selain boleh menyalurkan aduan menerusi e-mel aduan.prnsarawak@sprm.gov.my,” menurut kenyataan tersebut.

Lima bilik gerakan tersebut adalah di Jalan Laksamana Cheng Ho Kuching, pejabat SPRM cawangan Sibu di bangunan Perseketuan Jalan Persiaran Brooke, pejabat SPRM cawangan Miri Bangunan Persekutuan Jalan Cahaya Lopeng, pejabat SPRM Cawangan Bintulu di Wisma Persekutuan Fasa II Jalan Tun Razak dan pejabat SPRM Cawangan Limbang di Jalan Fisher.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru