Friday, August 19, 2022

Sarawak hanya satu satu kes kematian

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 38 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 30,652 kes.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, lapan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Perak (lima); Kedah, Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing empat.

Manakala Pahang dan Sabah (tiga), Melaka (dua) serta Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 60,329 kes aktif dilaporkan, termasuk 463 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 249 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini setakat ini ialah 2,663,034 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru