Friday, August 19, 2022

Pertembungan dua doktor di Batu Kawah dijangka panas

Secara Rawak

KUCHING: Meskipun gagal untuk menyaksikan dua pemimpin utama dua peninpin daripada dua buah parti, yang pasti DUN Batu Kawah merupakan satu daripada kerusi panas kali ini.

Kerusi ini akan menyaksikan  Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)  Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian  ditentang tiga lagi calon  lain dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau perlu mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN Ke-11 lalu.

Beliau akan turut ditentang calon DAP, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen yang juga Ahli Parlimen Kuching.

Selain cabaran daripada pemimpin politik berkenaan, Dr Sim akan turut dicabar oleh Fong Pao Teck dari parti Aspirasi dan wakil Parti Bumi Kenyalang, Chai Kueh Kiun.

Pada PRN lalu, Dr. Sim menang kerusi berkenaan dengan meraih 6,414 undi menewaskan calon DAP, Christina Chiew Wang See yang mendapat 4,329 undi dan calon Bebas, Liu Thiang Leong yang meraih 1,109 undi.

Dr. Sim ialah bekas pakar kardiologi berkelulusan bidang perubatan dari St. Bede’s College , Victoria, Australia manakala Dr. Kelvin lulusan bidang perubatan dari Volgograd State Medical University, Rusia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru