Thursday, May 19, 2022

Kempen  parti politik mulai rancak di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Dengan tamatnya proses penamaan calon semalam, kini 349 calon  pelbagai parti politik termasuk 30 calon Bebas perlu bertarung di medan sebenar  bagi memastikan kemenangan.

Tempoh kempen 12 hari perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memujuk dan menunduk 1.25 juta pengundi.

Kempen tradisional dan moden perlu digunakan. Selain menggunakan strategi kempen konvensional, calon dan jentera kempen di akar umbi perlu memanfaatkan kempen melalui alam maya termasuk Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Namun, diperhatikan bahawa ketika ini kebanyakan parti politik terutama GPS, DAP, PSB dan PKR rancak berkempen menggunakan bendera dan kain rentang.

Menurut SPR, calon yang telah membayar deposit bahan kempen PRN sahaja dibenarkan untuk mempamer dan mengedarkan bahan kempen yang mengandungi gambar calon, lambang dan gambar pemimpin parti yang diwakilinya.

Di semua kawasan 82 DUN  kempen poster dan bendera kelihatan mulai rancak.

SPR mengingatkan, bahan kempen yang mengandungi perkataan yang dapat mencetuskan perasan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau hasutan yang dapat mendatangkan permusuhan tidak dibenarkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru