Monday, May 16, 2022

Jangan sentuh hal peribadi dalam kempen

Secara Rawak

LIMBANG: Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berharap kempen pilihan raya tidak menyentuh hal peribadi dan kaum di kawasan itu.

Beliau berharap dapat melihat kempen pilihan raya yang adil dan harmoni tanpa ada sebarang perkara yang boleh menggugat keharmonian dan perpecahan masyarakat.

“Saya menyeru kepada pihak lawan yang sama-sama bertanding supaya bersaing secara sihat.

“Tidak memainkan isu-isu peribadi dan juga isu-isu perkauman yang boleh meretakkan perpaduan yang sudah lama terbina dan utuh ditempat kita ini,” katanya semasa sesi temubual Facebook Live, semalam.

Sejak dipilih sebagai wakil rakyat di DUN Bukit Kota selama tiga penggal yang lalui, beliau tidak pernah memainkan isu sensetif yang boleh menggugat keharmonian semasa berkempen malahan semasa memerintah.

Jelasnya, beliau sendiri akan berkempen seperti kempen-kempen di pilihan raya lepas yang memberi penekanan kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya sendiri akan berkempen seperti biasa sperti tkerajaan lepas saya memang tidak menyerang secara peribadi.

“Saya mengutarakan perancangan-perancangan saya, terpulang kepada pengundi untuk menilai,” ujarnya.

Kerusi Dun Bukit Kota bakal menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak kali ini.

Persaingan ini melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Calon PSB Rosli Amat, calon PBK Lim Lian Hun dan calon Bebas Herun Bungsu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru