Sunday, November 27, 2022

Isteri dicerai gara-gara cuci komputer riba

Secara Rawak

BENGALURU: Seorang pakar perisian dari India bertindak menceraikan isterinya kerana tidak tahan dengan tabiat mengamalkan kebersihannya yang melampau, lapor agensi berita asing.

Menurut laporan itu isterinya menggunakan detergen mencuci telefon bimbit dan komputer riba miliknya.

Pasangan tersebut Rahul dan Suman, yang berasal dari Bengaluru berkahwin di depan Hakim pada 2009 sebelum berpindah ke England selepas Rahul mendapat kerja di sana.

Suman pula menjadi suri rumah dan menjaga urusan harian keluarga mereka. Tabiat mencuci luar biasa Suman dikatakan bermula selepas kelahiran anak pertama mereka.

Dia dikatakan sering kali memaksa suaminya membenarkannya membersihkan kasut, baju dan telefon bimbitnya.

Apabila pasangan itu kembali ke India, mereka menjalani sesi kauseling dan situasi menjadi lebih baik selepas Suman melahirkan anak kedua mereka.

Namun, wabak viruskorona mengubah keadaan menjadi lebih teruk apabila dia mula membersihkan segenap tempat dan perabot rumah mereka.

Semasa PKP, Rahul bekerja dari rumah dan terkejut selepas Suman turut mencuci komputer riba dan telefon bimbitnya.

Dalam aduannya, Rahul menyatakan Suman mandi lebih enam kali sehari, malah mempunyai satu sabun eksklusif membersihkan sabun mandinya,” kata kaunselor itu dipetik dalam laporan itu.

Malah Rahul dan anak-anaknya juga terpaksa tinggal di luar rumah selama sebulan kerana dia membersihkan rumah mereka walaupun ketika itu ibu mentuanya baru meninggal dunia.

Kemuncaknya ialah apabila anak-anaknya juga dipaksa mencuci pakaian sekolah, beg dan juga kasut mereka selepas pulang dari sekolah setiap hari.

Rahul, mengesyaki isterinya mengalami gangguan mental dan selepas tiga sesi kaunseling yang tidak membuahkan hasil, dia memfailkan aduan kepada polis dan juga tuntutan cerai.

Menurut Arynews, Suman memberitahu tabiatnya normal dan dia juga dijangka memfailkan kes gangguan kerana memanggil tingkah lakunya tidak normal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru