Sunday, May 22, 2022

Bunyi sendawa paling nyaring di dunia 

Secara Rawak

AUSTRALIA: Neville Sharp, warga Australia berjaya memecah rekod sendawa paling nyaring.

Dia memecahkan rekod yang dibuat 12 tahun lalu oleh Paul Hunn dari United Kingdom.

Sendawa luar biasa Neville dicatatkan pada 112.4 desibel di Australia. Menurut Buku Rekod Guinness, bunyi itu lebih kuat daripada gerudi elektrik atau tiupan trombon.

India Today memberitahu Neville mencuba kemahiran sendawanya sejak berusia enam tahun dan memutuskan mengujinya selepas 45 tahun.

Menurut Rekod Dunia Guinness, dia berlatih selama lima tahun untuk mengasah kekuatan dan tahap bunyi sendawanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru