Friday, August 19, 2022

Apa fokus manifesto  PRN12?

Secara Rawak

GEDONG: Apakah tumpuan perhatian dalam manifesto  Gabungan parti Sarawak (GPS) untuk PRN-12?

Perkara ini tentu akan diketahui apabila GPS melancarkan manifesto penuh parti yang terdiri daripada empat parti politkk itu pada 8 Disember ini.

GPS terdiri daripada PBB, PRS, SUPP dan PDP.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata semalam, antara perkara yang ditekankan termasuklah jaminan bahawa GPS akan memastikan setiap janjinya akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Menurut Abang Johari, setakat ini apa-apa yang telah dijanjikan pada PRN Ke-11 telah ditunaikan oleh gabungan itu yang mentadbir negeri ini.

”Walaupun ada yang menyatakan manifesto ini bukan kitab suci tetapi bagi kita, manifesto adalah satu perjanjian yang harus dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya yang jelas merujuk kepada kenyataan bekas pemimpin utama PH, Tun Dr mahathir Mohamad yang menganggap bahawa manifesto bukan kitab suci.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong yang berlangsung di Dewan Masyarakat Gedong, semalam.

Abang Johari berharap rakyat Sarawak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menentukan masa depan negeri ini di bawah kerajaan yang stabil.

”Ini telah dibuktikan oleh kepimpinan GPS ,” katanya.

Pengamat percaya fokus manifesto GPS kali ini  antara lainialah memacu ekonomi dan pembangunan terutama luar bandar, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan mutu pendidikan dan kemudahan sekolah serta kemampanan alam sekitar.

Gedong menyaksikan pertembungan empat penjuru. GPS ditentang Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Amanah

Abang Johari menjadi wakil rakyat Satok sejak 1981 apabila beliau telah mempertahankan kerusi DUN berkenaan selama sembilan penggal berturut-turut.

Kerusi berkenaan diwakili timbalan ketua PBB Bahagian Satok, Datuk Ibrahim Baki.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru