Sunday, July 3, 2022

Jumlah calon paling banyak dalam PRN Sarawak, banyak pelbagai penjuru

Secara Rawak

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak menyaksikan 349 calon layak bertanding dengan pertandingan empat penjuru tercetus di 33 buah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini merupakan jumlah calon paling banyak dalam sejarah PRN Sarawak sejak 1969.

Pada PRN 2016, sebanyak 229 calon bertarung untuk merebut 82 kerusi DUN, termasuk 11 kerusi baharu susulan persempadanan kawasan pilihan raya.

Menurut Pengerusi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, pertandingan dua penjuru berlaku di empat buah DUN, tiga penjuru di 13 buah DUN dan empat penjuru di 33 DUN.

”Selain itu, pertandingan lima penjuru berlaku di 24 DUN , enam penjuru di tujuh DUN dan hanya satu DUN menyaksikan lapan calon bertanding sesama sendiri,” katanya.

Dalam PRN-11, dua kerusi menang tanpa ditandingi, 35 kerusi menyaksikan dua penjuru, 28 tiga penjuru, 12 empat penjuru dan lima kerusi lima penjuru.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan calon paling ramai iaitu 82 orang di kesemua DUN.

“Parti Bumi Kenyalang dengan 73 calon, Parti Sarawak Bersatu (70), Parti Keadilan Rakyat (28), Parti Tindakan Demokratik (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11), Parti Amanah Negara (8), Parti Sedar Rakyat Sarawak (5), Parti Islam SeMalaysia (1) dan 30 orang calon bebas,” katanya dalam sidang medianya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru