Thursday, May 19, 2022

PRN Sarawak: PAS hanya tanding satu kerusi

Secara Rawak

KUCHING: Mengambil alasan situasi semasa termasuk wabak Covid-19, PAS Sarawak memutuskan hanya meletak seorang calon pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) Disember ini.

PAS menurunkan calon tunggalnya Mohammad Arifiriazul Paijo untuk beradu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, demikian kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohammad Arifiriazul, seorang usahawan selain Setiausaha Pas Negeri.

Beliau juga pernah bertanding di Lambir pada PRN-11.

Berbanding PRN lepas, PAS menurunkan 11 calon di kawasan majoriti bumiputera Muslim.

Keputusan kali ini dilihat sebagai tindakan untuk tidak mengeruhkan perhubungan PAS-GPS di peringkat Persekutuan dengan kedua-dua pihak merupakan gabungan parti yang memerintah Putrajaya.

Tuan Ibrahim menyatakan keputusan Pas itu pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Calon Pas PRN-12 Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru