Tuesday, January 25, 2022

Lima projek rakyat dilaksana di Kabong

Secara Rawak

KABONG: Sejumlah RM1.25 juta diperuntukkan Kerajaan Sarawak bagi melaksanakan lima projek rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Penyandang kerusi DUN Kabong, Mohd Chee Kadir berkata lima projek terbabit iaitu pembinaan jeti konkrit Kampung Hulu Laut Kabong yang memperuntukkan sebanyak RM500,000, bina baharu Dewan Masyarakat Kampung Empelam, Kabong (RM300,000), naik taraf Dewan Serbaguna Kampung Gerigat (RM200,000), naik taraf Dewan Terbuka Masjid To’ Amal Nyabor (RM100,000) dan naik taraf Masjid Kampung Empelam (RM150,000)

“Bagi dua projek pembinaan jeti konkrit Kampung Hulu Laut Kabong dan bina baharu Dewan Masyarakat Kampung Empelam.

“Ia siap dibina dan projek terbabit telah diserahkan kepada agensi berkaitan. Tiga lagi projek akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya ketika hadir bersama agensi pelaksana menyempurnakan program serah projek siap dan serah mula projek Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kabong.

Chee Kadir berkata, pelaksanaan projek itu merupakan permintaan daripada penduduk kampung yang mahukan permasalahan di kampung-kampung diselesaikan.

Ujarnya, segala kemudahan tersebut akan memberi manfaat kepada rakyat, sekali gus membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak untuk terus menyediakan kemudahan yang diperlukan.

“Saya memberi jaminan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di DUN Kabong jika saya terus diberi mandat oleh rakyat pada PRN-12,” katanya. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru