Tuesday, August 9, 2022

Kayuhan basikal dari Bandar Baru Samariang ke Buntal

Secara Rawak

KUCHING: Peminat sukan berbasikal; Mountain Bike (MTB), Road Bike (RB) dan basikal lipat terlibat menyertai Kayuhan Santai Mesra KJM N4 Pantai Damai – dari Bandar Baru Samariang ke Kampung Buntal.

Walaupun hujan lebat, peserta bersemangat menyertai kayuhan sejauh tukuh kilometer itu.

Peserta kayuhan disambut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Esplanade Kampung Buntal.

Abdul Rahman menyifatkan program tersebut sebagai medan terbaik memupuk gaya hidup sihat dan pada sama mengeratkan silaturahim sesama peserta.

Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) turut mencadangkan agar dibina lorong khas untuk basikal di setiap jalan raya utama dalam kawasan bandar raya Kuching bagi menggalakkan aktiviti berbasikal serta mengelak bahaya.

Dalam pada itu, bercakap tentang Esplanade Buntal dan Buntal Bako Bay, beliau berkata tapak tersebut berpotensi menarik kehadiran pelancong.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru