Tuesday, January 25, 2022

GPS perlu sokongan padu 

Secara Rawak

IGAN: Jelajah Pelancaran Jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan Jemoreng diadakan pada Ahad di Bekumah, Sungai Ilas, Matu.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya telah turun padang, melancarkan Jentera Parti GPS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 di DUN Jemoreng.

Sementara itu, sokongan 100 peratus kepada GPS amat dituntut demi memastikan Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi menggalas tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri Sarawak.

“Ketua Menteri telah banyak memberikan kemajuan di kawasan ini sepanjang beliau memerintah dan banyak lagi kemajuan akan dibawa masuk dan ini lah pentingnya mempertahankan Kerajaan sedia ada,” jelas Dato’ Dr Juanda.

Selain itu, sesi memperkenalkan logo GPS turut diadakan untuk memperingatkan jentera dan pengundi tentang logo GPS.

Dr Juanda turut mengingati agar semua jentera haruslah bekerja sama dalam tempoh kempen dan pada hari membuang undi nanti serta usahakan untuk membawa penduduk agar turun mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab kepada negeri tercinta ini.

Dalam pada itu, tahap sokongan kepada calon dilihat amat memberangsangkan dari semua kawasan yang dilawati, manakala kehadiran juga berbeza dari PRN lepas ketika calon mula-mula berkempen yang mana kali ini lebih ramai yang hadir dan memberi sokongan kerana mereka yakin dan sudah mengenali calon sepanjang lima tahun menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru