Monday, June 27, 2022

Ali Biju jadi calon Bebas di DUN Krian

Secara Rawak

SARATOK: Senario panas bakal mewarnai PRN 12 bagi kawasan N. 39 Krian apabila penyandang kerusi berkenaan sebelum ini, Datuk Ali Biju mengambil keputusan bertanding atas tiket bebas menentang calon GPS, Friday Belik.

Berpegang kepada slogan ‘ Tan Ke Menalan’ Ali Biju nampaknya enggan mengalah dan mengambil keputusan untuk turun bertarung meskipun terpaksa menjadi calon Bebas.

Selain Ali, calon lain yang telah disahkan bertanding ialah Musa Dinggat (PSB), dan Danny Kuan Sam Sui (PBK).

Pertembungan dijangkakan sengit kerana Ali mempunyai pengaruh besar di kawasan berkenaan manakala Friday Belik merupakan muka baharu namun ditunjangi oleh jentera kerja GPS selaku parti utama di negeri ini.

Sementara itu dua lagi calon dilihat sebagai pelengkap kepada persaingan tersebut yang prestasi mereka sukar untuk dijangka.

Proses penamaan calon berlangsung di Dewan Sri Krian Saratok.

MUTAKHIR DUN N. 39 KRIAN

Friday Anak Belik (GPS)

Musa anak Dinggat (PSB)

Ali Anak Biju (Bebas)

Danny Kuan Sam Sui (PBK)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru