Saturday, January 22, 2022

Tiada kematian kes Covid-19 di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 36 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 30,574.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, lapan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu sembilan kes, diikuti Pulau Pinang (enam), Johor dan Kelantan (masing-masing empat).

Manakala Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu (masing-masing tiga), Pahang (dua) serta Perlis dan Selangor (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 62,668 kes aktif dilaporkan, termasuk 490 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 269 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,654,474 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru