Tuesday, September 27, 2022

SUPP akur Mambong, Dudong ditandingi parti rakan GPS

Secara Rawak

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akur dengan keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhubung pembahagian kerusi yang bakal ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12.

Malah presidennya Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengakui terkejut apabila dua kerusi tradisi SUPP iaitu Dudong dan Mambong tidak ditandingi calon dari parti itu.

Sebaliknya ia bakal ditandingi calon dari rakan komponen GPS iaitu presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing dan Mambong yang akan ditandingi Datuk Dr Jerip Susil.

“Pada awalnya kita kecewa sedikit tetapi kita menerimanya.

“Ini semua demi kemenangan GPS, atas semangat setiakawan,” katanya pada sidang media di pusat khidmat SUPP Batu Kawah.

Bagaimanapun, pihak kini mahu memberi tumpuan kepada 18 kerusi yang diperuntukkan kepada SUPP dalam usaha memenangi kesemua kerusi.

Untuk rekod pada PRN11, Barisan Nasional (BN) Sarawak meletakkan calon langsung di kerusi Dudong dan Mambong.

Namun pemenang kerusi Dudong pada 2016 itu, Datuk Tiong Thai King bagaimanapun kemudiannya menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Bagi kerusi Mambong pula, penyandangnya Dr Jerip menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas keluar dari PSB pada Oktober 2019.

Kata Dr Sim, setakat ini beliau mahu fokus kepada usaha mempertahankan kerusi di Batu Kawah yang bakal menyaksikan pertandingan lebih lima penjuru termasuk berdepan cabaran Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang mewakili DAP.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru