Thursday, August 18, 2022

Puad sifatkan kenyataan Muhyiddin sebagai hipokrit

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sistem ‘parti politik dominan’ punca berleluasanya rasuah ialah satu kenyataan hipokrit dan orang kecewa semata-mata.

Tegas Dr Puad, hujah Muhyiddin itu amat cetek kerana rasuah boleh berlaku dalam apa sahaja keadaan.

“Siapa sangka tender terhad lulus ketika parlimen digantung dan darurat diisytiharkan.

“Bila tidak dominan lagi banyak salah guna kuasa berlaku seperti gantung Parlimen, isytihar darurat dan pujuk orang lompat parti melalui ‘scheme of things’.

“Apa itu bukan rasuah? Janganlah hipokrit,” tempelak Dr Puad dalam satu hantaran di Facebook.

Bidasnya, jelas Muhyiddin hipokrit kerana PPBM sendiri bernafsu besar untuk menjadi parti dominan.

“Perancangan mereka ialah untuk menguburkan UMNO dan PPBM adalah penggantinya,” katanya.

“Sebab itu PPBM tiru warna merah dan guna perkataan “bersatu” seperti UMNO. PPBM juga guna warna biru untuk Perikatan Nasional (PN) sama seperti BN (Barisan Nasional),” tegasnya.

Katanya lagi, Muhyiddin juga kecewa kerana usaha PPBM menjadi parti dominan dan pengganti kepada UMNO tidak kesampaian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru