Saturday, January 22, 2022

Mukah terus maju menuju 2030

Secara Rawak

MUKAH: Kerajaan negeri telah merangka pelan  untuk memajukan sosioekonomi penduduk di kawasan pesisiran itu berteraskan sektor pendidikan, pelancongan serta makanan.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapan pada perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah semalam, perancangan itu disokong dengan kedudukan Mukah yang strategik di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Mukah dapat dihubungi dengan penerbangan dari Kuching dan jalan raya dari Sibu, Bintulu dan Miri.

Semalam, Perdana Menteri telah merasmikan Lapangan Terbang Baharu Mukah bernilai RM450 juta.

Lapangan terbang itu  dibuka pada 17 Jun 2021 bagi menggantikan lapangan terbang kecil yang hanya dikhaskan untuk operasi pelepasan dan pendaratan pendek (STOLport).

Projek pembinaan lapangan terbang di lokasi baharu kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar Mukah, bermula pada 11 Ogos 2017 dengan kapasiti 265,000 ribu penumpang setahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru