Saturday, January 22, 2022

Mohamad Duri calon muka baharu untuk DUN Kalaka 

Secara Rawak

Mohamad Duri calon DUN Kalaka 

KUCHING: Seorang muka baharu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Mohamad Duri, 55, akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Beliau bertanding atas tiket Parti PBB Gabungan Parti Sarawak (PBB-GPS) menggantikan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Abdul Wahab Aziz.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Mohamad berasal dari Kampung Tanjung Hilir, Saratok merupakan anak bongsu daripada 11 adik beradik.

Bercakap kepada media selepas menerima watikah pelantikan, Mohamad berkata, beliau akan meneruskan perjuangan mantan wakil rakyat kawasan itu apabila memenangi kerusi berkenaan demi kesinambungan pembangunan.

Beliau sudah bergiat aktif dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan berkenaan sejak 16 tahun lalu.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg apabila dicalonkan untuk PRN kali ini.

“Saya tidak terkejut, namun tetap berterima kasih kerana diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini,” katanya.

Katanya, dengan kemenangan besar GPS nanti akan merancakkan lagi pembangunan di kawasan DUN Kalaka ini.

“Insya- Allah, kita akan bekerja keras,” katanya.

Untuk rekod, Mohamad pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti Timbalan Ketua Pemuda, Ketua Penerangan dan Naib Ketua Cawangan Kalaka.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru