Thursday, May 19, 2022

Kerajaan pastikan fasa 2 Lebuh Raya Pan Borneo dijayakan

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan memastikan pembinaan Fasa Dua Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dari Pujut ke Lawas diteruskan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Berucap merasmikan pembukaan Jajaran Seksyen Serian Pakej Kerja Tiga Lebuh Raya Pan Borneo pada Ahad, Ismail Sabri berkata kerajaan Persekutuan melihat projek Pan Borneo ini penting untuk rakyat Sarawak, selain memudahkan perjalanan, ia juga membantu meningkatkan ekonomi rakyat setempat.

Pada Sabtu, jajaran Seksyen Serian sepanjang 33.65 kilometer siap sepenuhnya melibatkan kerja naik taraf jalan Persekutuan sedia ada dari Bulatan Serian ke Balai Ringin menelan kos RM700 juta.

Projek ini sebahagian daripada Pakej Kerja Tiga projek Lebuh Raya Pan Borneo dari Bulatan Serian ke Simpang Pantu sepanjang 75.015km.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru