Saturday, January 22, 2022

Ibrahim Baki pilihan tepat untuk Satok

Secara Rawak

KUCHING: Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan keyakinan terhadap kredilibiti  dan keupayaan calon GPS di N8  Satok, Datuk Ibrahim Baki untuk memenangi kerusi berkenaan dalam PRN-12 pada 18 Disember.

Ibrahim ialah timbalan ketua bahagian DUN Satok yang telah bergerak aktif dalam politik di peringkat kawasan berkenaan sejak 36 tahun lalu.

Menurut Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya,  Ibrahim dengan kelayakan sebagai peguam dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang korporat telah lama berkhidmat kepada rakyat dan menjaga kebajikan mereka di kawasan itu.

“Beliau memang dah beri perkhidmatan lama dah. Orang dah kenal dan dia banyak berada di lapangan dan insya-Allah (beliau) diberi sokongan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sepakat@Komuniti Keluarga Malaysia di sini semalam.

Satok merupakan satu daripada kerusi DUN di bawah  Parlimen berkenaan.

Ibrahim mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ketua PBB Satok yang juga Ketua Menteri  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari telah mewakili kerusi itu sejak 1981 dan kini mengambil keputusan untuk bertanding di Gedong.

Rata-rata pemerhati dan penduduk di Satok menyifatkan pemilihan Ibrahim sebagai tepat kerana komitmen, kesetiaan dan perjuangannya yang tidak berbelah bahagi bagi penduduk di situ.

Beliau mempunyai visi untuk meneruskan legasi dan pencapaian cemerlang Abang Johari dari segi pendidikan, ekonomi, perumahan, kebajikan,  dan sosial, termasuk membabitkan anak muda yang menjadi aset kawasan dan negeri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru