Saturday, January 22, 2022

Hamzah prihatin kebajikan penduduk Stakan 

Secara Rawak

KUCHING: Prihatin dengan nasib golongan memerlukan, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Stakan Datuk Hamzah Brahim hari ini menghulurkan bantuan makanan asas kepada mereka.

Dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan, bantuan dikenali Caring Food Aid 3.0 diserahkan kepada penerima di Tokong Gong De Kuching.

Hamzah berkata, bantuan keperluan asas diserahkan kepada golongan memerlukan di sekitar Batu 11, Batu 12, Batu 13 dan Batu 14 Jalan Kuching – Serian.

“Alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama. Kita akan sama-sama bantu untuk memastikan kebajikan warga Stakan terjaga,” katanya.

Turut hadir Ketua 38 Hawker Centre Dato Sri Ho Kim Hee dan Koordinator Persatuan Temenggong Dato Tan Joo Phoi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru