Friday, August 12, 2022

Datuk Seri Azman Ujang dinobatkan Tokoh Wartawan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pengarang dan wartawan veteran Datuk Seri Azman Ujang dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Sarawak 2022 kerana sumbangan besar dan mendalam beliau terhadap dunia kewartawanan di negara ini.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh bagi pihak Ketua Menteri dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2021 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Pada tahun lepas anugerah itu diterima oleh wartawan veteran James Ritchie.

Anak  kelahiran Ulu Sungai Rajang, Kapit  itu naik tangga demi tangga dalam bidang kewartawanan sehingga akhirnya menjadi Ketua Pengarang dan Pengerusi Bernama.

Beliau dimenali dengan ‘trademark’ atau jenama dalam kalangan wartawan dengan laporan atau analisis berita dengan pendulu yang menarik dan berkesan.

Azman yang mahir menulis dalam dwibahasa, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, mencapai kedudukan tertinggi dalam bidang kewartawanan, iaitu Ketua Pengarang.

Setelah kira-kira tiga tahun sebagai KP (Ketua Pengarang), Azman dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada 2006 dan memegang jawatan itu sehingga bersara wajib pada 2008.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru