Saturday, January 22, 2022

Calon PAS yang akan bertanding di kerusi Dun Beting Maro

Secara Rawak

Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa parti akan menurunkan satu calon yang akan bertanding di kerusi Dun Beting Maro pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Menurutnya, Mohamad Arifiriazul Paijo, 37, disahkan satu-satunya calon tunggal yang akan mewakili PAS.

Keputusan terbabit turut mengesahkan PAS tidak akan mengekalkan 11 kerusi yang telah dipertandingkan pada pilihan raya sebelumnya.

“Keputusan diambil setelah mengambil kita faktor Covid-19 yang menjejaskan di samping suasana berkempen juga tidak dibenarkan.

“Kita juga tidak mahu menjejaskan keselamatan rakyat dengan mengambil keputusan untuk meletakkan calon bertanding di kerusi lain,” katanya dalam sidang media di Hotel Waterfront hari ini.

Majlis penyerahan watikah oleh Ibrahim kepada Arifiriazul turut dilaksanakan sejurus selepas sidang media bersama pemberita.

Sementara itu, Ibrahim merangkap Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia turut menyatakan harapan agar kerusi tersebut boleh dimenangi agar dapat membangunkan dan menjaga kebajikan penduduk.

Dalam pada itu, calon tunggal itu juga menyatakan hasrat agar dapat diberikan peluang untuk menjadi wakil bagi rakyat di Dun tersebut kerana sebelum PRN pun dirinya sentiasa berusaha untuk mendampingi rakyat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru