Sunday, June 26, 2022

Calon parti mana ada kelebihan?

Secara Rawak

Penamaan calon esok bakal memuktamadkan senarai calon yang akan berjuang untuk parti politik masing-masing dalam pertempuran PRN-12 Sarawak.

Kesemua parti politik utama yang bakal bertempur dalam PRN-12 Sarawak sudah mengemukakan senarai nama calon masing-masing untuk penamaan calon hari ini.

Calon-calon yang dikemukakan ini yang bakal menjadi seorang pemimpin yang mewakili suara rakyat di dalam DUN Sarawak bagi mereka yang memenangi serta terpilih dalam pertarungan PRN-12 Sarawak.

Bagi penyandang yang dikekalkan untuk terus memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing sudah pasti mempunyai kelebihan dalam berkempen dengan menunjukkan prestasi sebelum ini kepada rakyat.

Namun begitu, bagi muka baharu serta yang mencuba nasib untuk kali kedua atau ketiga memang perlu bekerja keras bagi memastikan dapat menyumbang kerusi kepada parti masing-masing.

SOP berkempen yang bakal dikeluarkan oleh pihak SPR dapat menentukan sejauh mana  calon PRN-12 ini dapat mempromosikan diri dan manifesto kepada pengundi terutama dalam kalangan muka baharu.

GPS telah mengemukakan senarai calon untuk kesemua 82 kerusi DUN Sarawak pada petang Jumaat lepas. Sekiranya kita teliti dan amati senarai calon yang diketengahkan oleh GPS hanya ada 24 orang muka baharu termasuk Presiden PDP iaitu Datuk Seri Tiong King Sing.

Muka baharu ini bertanding di DUN Opar, Tanjung Datu, Satok, Padungan, Stakan, Tebedu, Lingga, Engkilili, Kalaka, Krian, Ngemah, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Tellian, Katibas, Baleh, Tanjong Batu, Pujut, dan Ba’Kelalan.

Bagi penyandang kerusi yang menang pada PRN-11 dan calon yang bertanding tetapi kalah pada PRN 11 lepas telah berundur dalam kalangan GPS hanya terdapat 16 orang.

Kerusi DUN terlibat adalah seperti Tanjung Datu, Padungan, Stakan, Tebedu, Gedong, Lingga, Kalaka, Krian, Ngemah, Bukit Assek, Dudong, Tellian, Katibas, Tanjong Batu, Pujut dan Ba’Kelalan. Keseluruhannya pembahagian kerusi dalam kalangan parti GPS adalah 47 kerusi untuk PBB, 18 kerusi untuk SUPP, 11 kerusi untuk PRS dan 6 kerusi untuk PDP untuk bertarung dalam PRN 12 Sarawak.

Untuk rekod, setelah UPP yang kini PSB diketuai oleh Datuk Seri Wong Soon Koh, kerusi yang dimenangi oleh BN Sarawak yang kini GPS pada PRN 11 hanya tinggal 69 kerusi daripada 82 kerusi. Kerusi DUN yang disandang oleh PSB ialah Opar, Engkilili dan Bawang Assan. Persoalannya, mampukah GPS merampas tiga kerusi yang dibawa oleh PSB pada PRN 12 ini nanti?

Bagi ketiga-tiga kerusi tersebut, amanah telah diberikan kepada parti komponen GPS iaitu SUPP untuk bertarung merebut kerusi tersebut. Ia merupakan kerusi tradisional untuk SUPP.  Tiga muka baharu telah diketengahkan oleh SUPP iaitu saudara Billy Sujang untuk N.1 Opar, saudara Desmond Sateng Sanjan untuk N.33 Engkilili dan Robert Lau Hui Yew untuk Bawang Assan. Adakah ketiga-tiga muka baharu SUPP ini mampu merampas balik kerusi daripada PSB?

Selain itu, parti PKR telah mengumumkan mereka hanya bertanding untuk 27 kerusi DUN di Sarawak pada PRN-12 ini. Senarai DUN yang PKR bakal meletakkan calon adalah seperti di Opar, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Lingga, Beting Maro, Saribas, Bukit Saban, Ngemah, Machan, Tellian, Balingian, Kakus, Katibas, Murum, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Batu Danau dan Ba’Kelalan.

Pada PRN-12 ini, PKR tidak berbekalkan kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini, kerana penyandang kerusi telah keluar dari PKR dan menyertai PSB iaitu bagi kerusi Batu Lintang, Krian dan Ba’Kelalan.

Apa yang menarik, PKR tidak meletakkan calon di kerusi DUN Krian pada PRN 12 ini. Hanya PKR sahaja mengetahui sebab kenapa mereka tidak meletakkan calon di Krian walaupun Krian dimenangi atas tiket PKR sebelum ini.

Manakala, parti DAP akan bertanding untuk 26 kerusi pada PRN 12 Sarawak kali ini. Kerusi DUN tersebut adalah seperti Tasik Biru, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, Senadin, Pending, Kota Sentosa, Padungan, Stakan, Batu Kawa, Batu Kitang, Dudong dan Bawang Assan. Apa yang menarik, setakat senarai terkini, DAP dan PKR tidak bertindih kerusi seperti sebelum ini. DAP telah mengemukakan seramai 11 muka baharu pada PRN 12 Sarawak ini. Pada PRN 11 DAP memenagi tujuh kerusi DUN Sarawak.

Parti-parti lain seperti PSB dan PBK juga telah menggumukan senarai calon masing-masing untuk bertarung pada PRN 12 ini dan dua parti ini hampir bertanding kesemua 82 kerusi DUN Sarawak. Bagi parti PBDSB, parti ini bertanding lebih kurang 12 ke 15 atau lebih kerusi DUN Sarawak pada PRN 12 ini. Penamaan calon hari ini akan memuktadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti politik serta calon-calon bebas.

Apa yang pasti ialah pertandingan pelbagai penjuru pasti berlaku semasa PRN 12 ini. Dijangkakan tidak ada kerusi DUN Sarawak pada PRN 12 ini akan menang tanpa bertanding seperti PRN 11 lepas. Pada PRN 11 lepas DUN Bukit Kota dan DUN Bukit Sari tidak dipertandingkan kerana tiada calon daripada parti lain melawan kerusi PBB di utara Sarawak ini.

Calon untuk DUN ini telah menang tanpa bertanding pada PRN 11 lepas iaitu Datuk Abdul Rahman Bin Ismail (Bukit Kota) dan Datuk Amar Awang Tengah (Bukit Sari).

Penamaan calon hari ini bakal memuktamadkan senarai calon yang akan berjuang untuk parti politik masing-masin dalam pertempuran PRN-12 Sarawak.

Kesemua parti politik utama yang bakal bertempur dalam PRN-12 Sarawak sudah mengemukakan senarai nama calon masing-masing untuk penamaan calon hari ini.

Calon yang dikemukakan ini yang bakal menjadi seorang pemimpin yang mewakili suara rakyat di dalam DUN Sarawak bagi mereka yang memenangi serta terpilih dalam pertarungan PRN 12 Sarawak.

Bagi penyandang yang dikekalkan untuk terus memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing sudah pasti mempunyai kelebihan dalam berkempen dengan menunjukkan prestasi sebelum ini kepada rakyat.

Namun begitu, bagi muka baharu serta yang mencuba nasib untuk kali kedua atau ketiga memang perlu bekerja keras bagi memastikan dapat menyumbang kerusi kepada parti masing-masing.

SOP berkempen yang bakal dikeluarkan oleh pihak SPR dapat menentukan sejauh mana para calon PRN-12 ini dapat mempromosikan diri dan manifesto kepada pengundi terutama dalam kalangan muka baharu.

GPS telah mengemukakan senarai calon untuk kesemua 82 kerusi DUN Sarawak pada petang Jumaat lepas. Sekiranya kita teliti dan amati senarai calon yang diketengahkan oleh GPS hanya ada 21 orang muka baharu termasuk Presiden PDP iaitu Datuk Seri Tiong King Sing.

Muka baharu ini bertanding di DUN Opar, Tanjung Datu, Satok, Padungan, Stakan, Tebedu, Lingga, Engkilili, Kalaka, Krian, Ngemah, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Tellian, Katibas, Baleh, Tanjong Batu, Pujut, dan Ba’Kelalan.

Bagi penyandang kerusi yang menang pada PRN 11 dan calon yang bertanding tetapi kalah pada PRN 11 lepas telah berundur dalam kalangan GPS hanya terdapat 16 orang. Kerusi DUN terlibat adalah seperti Tanjung Datu, Padungan, Stakan, Tebedu, Gedong, Lingga, Kalaka, Krian, Ngemah, Bukit Assek, Dudong, Tellian, Katibas, Tanjong Batu, Pujut dan Ba’Kelalan.

Keseluruhannya pembahagian kerusi dalam kalangan parti GPS adalah 47 kerusi untuk PBB, 18 kerusi untuk SUPP, 11 kerusi untuk PRS dan 6 kerusi untuk PDP untuk bertarung dalam PRN 12 Sarawak.

Untuk rekod, setelah UPP yang kini PSB diketuai oleh Datuk Seri Wong Soon Koh, kerusi yang dimenangi oleh BN Sarawak yang kini GPS pada PRN 11 hanya tinggal 69 kerusi daripada 82 kerusi. Kerusi DUN yang disandang oleh PSB ialah Opar, Engkilili dan Bawang Assan.

Persoalannya, mampukah GPS merampas 3 kerusi yang dibawa oleh PSB pada PRN 12 ini nanti? Sama-sama kita rungkai dan renungkan.

Bagi ketiga-tiga kerusi tersebut, amanah telah diberikan kepada parti komponen GPS iaitu SUPP untuk bertarung merebut kerusi tersebut. Ia merupakan kerusi tradisional untuk SUPP.

Tiga muka baharu telah diketengahkan oleh SUPP iaitu saudara Billy Sujang untuk N.1 Opar, saudara Desmond Sateng Sanjan untuk N.33 Engkilili dan Datuk Robert Lau Hui Yew untuk Bawang Assan. Adakah ketiga-tiga muka baharu SUPP ini mampu merampas balik kerusi daripada PSB?

Selain itu, parti PKR telah mengumumkan mereka hanya bertanding untuk 27 kerusi DUN di Sarawak pada PRN 12 ini. Senarai DUN yang PKR bakal meletakkan calon adalah seperti di Opar, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Lingga, Beting Maro, Saribas, Bukit Saban, Ngemah, Machan, Tellian, Balingian, Kakus, Katibas, Murum, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Batu Danau dan Ba’Kelalan.

Pada PRN 12 ini, PKR tidak berbekalkan kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini, kerana penyandang kerusi telah keluar dari PKR dan menyertai PSB iaitu bagi kerusi Batu Lintang, Krian dan Ba’Kelalan.

Apa yang menarik, PKR tidak meletakkan calon di kerusi DUN Krian pada PRN-12 ini. Hanya PKR sahaja mengetahui sebab kenapa mereka tidak meletakkan calon di Krian walaupun Krian dimenangi atas tiket PKR sebelum ini.

Manakala, parti DAP akan bertanding untuk 26 kerusi pada PRN-12 Sarawak kali ini. Kerusi DUN tersebut adalah seperti Tasik Biru, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, Senadin, Pending, Kota Sentosa, Padungan, Stakan, Batu Kawa, Batu Kitang, Dudong dan Bawang Assan. Apa yang menarik, setakat senarai terkini, DAP dan PKR tidak bertindih kerusi seperti sebelum ini.

DAP telah mengemukakan seramai 11 muka baharu pada PRN-12 Sarawak ini. Pada PRN 11 DAP memenagi 7 kerusi DUN Sarawak.

Parti-parti lain seperti PSB dan PBK juga telah menggumukan senarai calon masing-masing untuk bertarung pada PRN 12 ini dan dua parti ini hampir bertanding kesemua 82 kerusi DUN Sarawak.

Bagi PBDSB, parti ini bertanding lebih kurang 12 ke 15 atau lebih kerusi DUN Sarawak pada PRN 12 ini. Penamaan calon hari ini akan memuktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti politik serta calon-calon bebas.

Pertandingan pelbagai penjuru pasti berlaku semasa PRN-12 ini. Dijangkakan tidak ada kerusi DUN Sarawak pada PRN-12 ini akan menang tanpa bertanding seperti PRN 11 lepas. Pada PRN 11 lepas DUN Bukit Kota dan DUN Bukit Sari tidak dipertandingkan kerana tiada calon daripada parti lain melawan kerusi PBB di utara Sarawak ini.

Calon untuk DUN ini telah menang tanpa bertanding pada PRN 11 lepas iaitu Datuk Abdul Rahman Bin Ismail (Bukit Kota) dan Datuk Amar Awang Tengah (Bukit Sari).

Dick Lembang Dungun ialah penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru