Tuesday, November 29, 2022

Bersatu mahu diberi lampu hijau bertanding di Kemena

Secara Rawak

BINTULU: Meskipun Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12), namun, Ketua Bahagian P217 Bintulu, Duke Janteng berharap sekali gus merayu pucuk kepimpinan tertinggi itu memberi ‘lampu hijau’ kepada parti itu bertanding di DUN Kemena.

Beliau berkata ia berikutan desakan serta kehendak ahli parti dan rakyat di DUN Kemena yang mahukan beliau bertanding atas tiket Bersatu pada PRN12.

“Kita bertanding atas tiket Bersatu sekiranya diberi peluang namun kita akan tetap menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat pentadbiran,”katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Perikanan Nasional(PN) Parlimen Bintulu, Pejabat Bersatu di Jalan Sibiew, semalam.

DUKE JANTENG

Ketua Penerangan Bersatu Negeri Sarawak itu juga yakin parti itu mempunyai peluang yang cerah memenangi kerusi DUN Kemena berdasarkan bilangan keahlian parti antara 15,000 hingga 16,000 orang.

Beliau, bagaimanapun, berkata keputusan(bertanding) masih belum muktamad.

Dalam pada itu, Duke berkata penglibatannya dalam politik bermula sejak 2018 menerusi pergerakan Bersatu di Sarawak dan telah
menjelajah kawasan dari DUN Samalaju, Jepak, Tanjong Batu dan Kemena menerusi aktiviti kebajikan di kawasan Parlimen Bintulu.

Sehingga ke hari ini katanya, keahlian Bersatu di Parlimen Bintulu adalah 24,242 orang dengan 2,296 ahli di DUN Jepak, 1,010(DUN Tanjong Batu), 13,985(DUN Kemena) dan 6,951(DUN Samalaju).

Manakala, mempunyai 106 Cawangan di Parlimen Bintulu dengan 86 Cawangan ditubuhkan di DUN Kemena.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru