Sunday, May 22, 2022

Ahli bomba luar biasa, demi selamatkan nyawa, tidak sempat buka masker

Secara Rawak

CHONGQING: Gara-gara tergesa-gesa hendak melakukan operasi menyelamat, seorang anggota bomba tidak berkesempatan membuka masker di mukanya.

Dia dikatakan baru sahaja memasang masker pada mukanya sebelum loceng kecemasan berbunyi dan dia menerima arahan untuk segera ke lokasi menyelamat kira-kira 10 malam.

Tidak mempunyai masa untuk membersihkannya, dia terpaksa ke lokasi itu, kelihatan seperti “hantu putih.

“Ramai netizen di Sina Weibo memberi pujian dan kata-kata penghargaan kepada anggota bomba muda yang berdedikasi untuk menyelamatkan nyawa orang ramai, manakala yang lain memuji ketampanannya memakai masker tersebut dan mengelarnya, “ahli bomba yang luar biasa.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru