Sunday, November 27, 2022

Ada peluru di dalam oven roti, punca berlakunya kebakaran

Secara Rawak

GREENWOOD: Polis di Greenwood baru-baru ini dibelenggu kehairanan semasa menyiasat laporan insiden kebakaran yang berlaku di pusat perlindungan di bandar tersebut.

Ia ekoran laporan pihak bomba yang mengatakan mereka percaya kebakaran itu berpunca daripada beberapa butir peluru yang diletakkan di dalam sebuah oven roti.

Pada awal minggu ini, polis, pasukan bomba serta pasukan kecemasan bergegas ke pusat perlindungan Morningside Assisted selepas menerima laporan kebakaran dan bunyi tembakan.

Api dilihat keluar dari bilik seorang penghuni yang ditemui tidak sedarkan diri.

Dia dikejarkan ke hospital akibat lemas oleh asap.

Siasatan awal mendapati kebakaran itu berlaku selepas mangsa meletakkan beberapa butir peluru di dalam oven roti menyebabkan peluru itu meletup yang dapat didengar dengan jelas di seluruh pusat terbabit dan menimbulkan suasana panik, lapor Reddit.

Tiada sesiapa yang cedera dalam insiden tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru