Saturday, January 22, 2022

400 terima dos penggalak di Sadong Jaya

Secara Rawak

SADONG JAYA: Seramai 400 individu di kawasan Sadong Jaya menerima suntikan dos penggalak di Kompleks Sukan Komuniti Sadong Jaya pada Sabtu.

Antara penerima tersebut daripada Kampung Terasi Iban, Kampung Terasi, Kampung Senangeh, Kampung Sungai Bundong, Kampung Sungai Bulu, Kampung Ensengei Iban, Kampung Ensengei Melayu, Kampung Sadong Jaya Pasar, Kampung Sadong jaya Ulu dan Kampung Sungai Bilis.

Program vaksinasi tersebut dikendalikan oleh petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Bahagian Samarahan serta dibantu oleh pihak sukarelawan Sadong Jaya dan Pusat Khidmat Parti Pesak Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sadong Jaya.

Selain itu, para petugas turut memaklumkan syarat untuk menerima dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer mesti melebihi tempoh enam bulan dari tarikh dos kedua manakala bagi penerima vaksin Sinovac mesti melebihi tiga bulan dari tarikh menerima dos kedua.

Dalam pada itu, penerima dos penggalak merakamkan ucapan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan dengan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru