Saturday, January 22, 2022

35 penduduk di Telaga Air terima sumbangan bakul makanan

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 35 orang di kawasan Telaga Air menerima sumbangan bakul makanan daripada Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dalam Majlis Jalinan Kasih Raghad Foundation di Dewan Kenyalang, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKHMAS) pada Jumaat.

Simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi tetapnya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib kepada para penerima yang terdiri daripada golongan warga emas, Orang kelainan Upaya (OKU) dan lain-lain.

Turut hadir, Datin Siti Sorgayah Ahmad Zaidin serta Timbalan Ketua Pengarah IKMAS, Kartini Ahmad.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru